bunga api


Saturday, January 15, 2011

NASIB DOT DOT DOT SIRI TIGA

Lepas kena saman, mulalah pandu tak ikut had laju,,,makin perlahanlah...dah insaf... 110km/jam...pandu 80km/jam jer sepanjang jalan...sampailah kat UKM. Cuaca panaslah.. tak apa. Dah sampai ni bolehlah mandi puas-puas untuk sejukkan badan dan minda yang masih berbahang...maklumlah kena saman!!!!
Selepasa berehat seketika, aku pun ke bilik air kolej. Sesuatu yang tak diduga!!!! tak ada bekalan air pulak!!
Sabar...sabar....
Nak tahu apa berlaku seterusnya?
Sabar...sabar....sebenarnya bukan kami tak bersabar tapi dah tak boleh nak sabar.....2 hari tak ada air. Hari kedua kami terpaksa mandi kat masjid...malamnya?? dah tak boleh sabar. terpaksalah cari hotel terdekat kat Kajang...nasib dot dot dot tetap berulang lagi...........cobaannnnn

NASIB DOT DOT DOT SIRI DUA

Minggu dah berselang..macam biasalah....aku dengan Mek Ja ke UKM lagi..minggu lepas patah hati dapat ikan goreng saiz S..harap-harap tu nasib dot dot dot tak berulang lagi..... bertolak dari Kemaman pukul 9.00..hari tu 13hb...cuaca cerah, Mek Ja macam biasa jadi penghibur sepanjang jalan... nyanyi lagu-lagu lama..syahdu sangat.
Sepanjang jalan macam-macam kami jumpa...kereta dipandu terlalu perlahan....kereta dipandu terlalu laju...kadang-kadang ada lori dipandu lebih laju dari kereta!!!...entahlah... lebuhraya macam tu lah...ada papan tanda had laju...60km/jam...jalan depan sikit ada 80km/jam...depan lagi 50km/jam....90km/jam dan 110km/jam. Entah mana silapnya...terlepas pandang 90km/jam...maka aku pun terpandu 105km/jam kat kawasan 90km/jam......nun kat depan dah tak ada papan tanda had laju cuma sekatan jalan raya...hehehehe....pak polisi dah tahan kami...dek kerana yang menurut perintah dan berkhidmat untuk negara maka dengan segala dukacitanya...kami diSAMANNNNNNN......apa nak buat nasib dot dot dot berulang juga.....tapi tak apalah...bak kata adik Anis kat UKM...sabar...adalah hikmahnya tu.....

NASIB DOT DOT DOT SIRI SATU

Seperti biasa..setiap minggu aku dengan kawanku Mek Ja ke UKM..kadang-kadang berhenti makan kat Genting Sempah. Pada 6hb iaitu minggu lepas, kami berhenti makan kat sana....selain nak makan tengahari, dapat juga betulkan urat..maklumlah umur dah dekat separuh abad...kaki lenguh kalau memandu jauh.

Kami pun carilah kedai makan yang sesuai dengan selera...umm nampak sedap jer makanan kat situ..tambahan pula perut dah berkeroncong. Macam-macam bunyi okestra..cruttt..cretttt. Mek Ja makan nasi dengan telur masin, campur rebung masak lomak, sambal belacan mesti ada. Sodap jugak... 
Aku pulak nasi putih,  dengan sayur kegemaranku (taugeh). Nampak macam tak cukup lauk..aku pun pi kat kedai sebelah..Wow!!! ada ikan goreng panas-panas...rasa terliur pulak. saiz ikan pun nampak besar. Saiz XL...Yum..yum.
Akupun minta ikan goreng tu seekor...tapi yang aku dapat bukan ikan goreng saiz XL tapi ikan goreng saiz S saja...ummm rupa-rupanya, saiz XL letak kat atas untuk tarik pelanggan...bila diminta, beri yang saiz S yang diletak kat bahagian bawah....masalahnya ialah...harga tetap sama!!!!!!!! apa nak buat...nasibbb.