bunga api


Saturday, December 18, 2010

Kongsi Cerita Percutian 2

Masih di Langkawi...betullah kata orang Pulau Langkawi ni tempat yang menarik untuk dilawati. Pada mulanya kami bercadang untuk bercuti di Singapura tetapi rasa macam baru sangat ke Kota Singa tu...Nak kata baru taklah, tiga tahun lepas. Berbalik cerita di Langkawi.....kami sebenarnya sangat bertuah kerana tempat penginapan dan kenderaan untuk pusing-pusing pulau lagenda ni ada kawan yang tolong uruskan. Kami tinggal di Suria Century selama empat hari di sana...Apartment 3 bilik 2 bilik air  dan ada dapur untuk memasak lagi. Lokasinya tak jauh dari Pekan Kuah. Apa yang menariknya ialah kawan-kawan saya dari Kemamanpun turun ke Langkawi juga pada masa tu tapi kami tak berjumpapun di sana kerana masing-masing ada urusan yang tersendiri....apa lagi kalau bukan aktiviti membeli belah... ke mana lagi kalau tidak ke kedai Hj. Ismail Group....Saga..Idaman Suri dan lain-lain...semuanya kedai bebas cukai. Kawan saya Siti khabarnya memborong periuk, Anizar set teko....saya sendiri sampai senget bahu mengangkut periuk dan pinggan mangkuk. Rasa-rasanya terlebihlah muatan feri ke Kuala Perlis masa nak balik tu....jangan marah ye!!!
Apa yang menarik di Langkawi ni nampak macam sinonim dengan Pulau Pinang...Nasi Kandar!!!! Ada kedai Nasi Kandar Aiman...Nasi Kandar Hameed...Nasi Kandar Pak Ali.....mungkin ada lagi tapi ni tiga kedai yang kami sempat singgah...sedap dan harga boleh tahan.
 Satu lagi tempat makan yang menarik ialah Bamboo Beach Restaurant di Pekan Kuah juga. Kalau nak makan masakan panas atau makanan laut yang segar bolehlah ke sana......harga sangat berpatutan...tepi pantai dan dapat melihat pemandangan yang sangat cantik terutamanya ketika matahari mula terbenam...dengan tiupan bayu yang mendamaikan...lagi bertambahlah berat badan!!!

Satu lagi cerita ialah tentang kebersihan. Saya rasa di setiap tempat yang kami lalui terpampang papan peringatan supaya menjaga kebersihan Pulau Langkawi. Satu usaha yang patut diberi pujian....dan satu lagi, sepanjang berada di sana, tidak teradapat seorangpun peminta sedekah...sangat membanggakan tetapi ada beberapa orang "Pak Arab" yang cuba membuat cerita untuk diberi sedekah!!!....entahlah...yang peliknya mereka pula menentukan berapa yang kita perlu sedekahkan...hairan bin ajaib.


DATARAN LANG....

HIDANGAN DI RESTORAN BAMBOO...

Kongsi Cerita Percutian 1


Musim cuti sekolah biasanya ibu bapa membawa anak-anak bercuti sama ada balik kampung atau ke destinasi yang dipilih. Kami sekeluarga pada tahun ni memilih Pulau Lagenda Langkawi sebagai destinasi percutian. betullah orang kata pulau ni dah terselamat daripada sumpahan Mahsuri. pulau ni dah semakin maju, semakin cantik, semakin menarik. Sepanjang empat hari di sana anak-anak berasa sangat seronok tetapi pergerakan agak terbatas kerana cuaca yang sekejap panas sekejap hujan.
Nak naik kereta kabel kat Gunung Mat Cincang tak boleh sebab cuaca buruk...tapi paling seronok pergi pusing pulau (Island hopping). Walaupun pada hari tu (11hb Disember) cuaca agak buruk pada awal pagi kami tetap ingin ronda pulau. Pakej yang kami ambil menawarkan harga yang berpatutan. Hanya rm 180 untuk enam orang.
Kami diminta tunggu di hadapan Water World pukul 9.00 pagi tetapi disebabkan hujan lebat kami terpaksa tunggu sehingga pukul 10.15 pagi. Kami bersarapan kat sebelah Water World tu. Ada gerai kecil tapi makanan pelbagai pilihan..murah betul...nasi lemak..kuih muih..mihun goreng  telur rebus,air semua untuk 6 orang tak sampai rm20!!!!. Kemudian barulah kami dibawa ke jeti untuk memulakan aktiviti ronda pulau tu. Apa yang menariknya semasa sampai di jeti tu ada seorang jurugambar yang muncul dan mengambil gambar sesiapa sahaja yang lalu dihadapannya...kamipun tidak terlepas...rasa macam ala-ala model bila lalu di situ...pelikpun ada...kenapa tiba-tiba jadi glamour pulak? Tapi tak pe lah...

Kita tinggallah dulu cerita jurugambar tu..

Kami tunggu di jeti tu lebih kurang 10 minit dan kemudian menaiki bot laju menuju destinasi pertama iaitu Pulau dayang Bunting. Masa tu hujan masih turun. bayangkanlah. dengan bot laju tu di tengah laut air hujan yang .memercik ke wajah agak memedihkan..sekali sekali sekala bot dilambung arus kuat..agak menakutkan tapi sangat menyeronokkan. Sampai di situkami hanya diberi penerangan ringkas tentang Pulau Dayang Bunting .tapi tak turun kat situ. Cuma berhenti seketika. kemudian kami dibawa ke Tasik Dayang Bunting pula. Di situ kami diberi masa selama satu jam untuk melakukan aktiviti sendiri. tak sangka ye...dari jeti kami berjalan menaiki tangga bukit selama lebih kurang 10 minit dalam hutan dan tiba di satu tempat yang sangat mengujakan iaitu Tasik Dayang Bunting....airnya yang tenang tempat mandi manda..atau bagi yang suka berkayak bolehlah berbuat demikian....Dek kerana cerita orang lama yang mengatakan air di tasik itu yang mujarab bagi pasangan yang ingin mendapatkan zuriat jadi tak hairanlah saya sendiri melihat beberapa pasangan yang mengisi air tasik itu ke dalam botol untuk dibawa pulang....entahlah!!!
 Selepas itu kami dibawa pula ke destinasi seterusnya iaitu ke Pulau Singa....di situ kami berhenti untuk melihat burung helang yang mendapatkan makanan yang dicampak ke dalam laut iaitu kulit ayam...apa yang menariknya ialah, burung helang atau lebih dikenali sebagai burung lang ni tidak berebut untuk mendapatkan makanan sebaliknya turun ke laut seolah-olah mengikut giliran...lepas seekor....seekor...alangkah baiknya kalau perbuatan lang ni diambil iktibar oleh manusia yang diberikan akal oleh Allah.
 Akhirnya kami dibawa pula ke destinasi akhir iaitu ke Pulau Beras Basah..tak tahu pula kenapa pulau tu dinamakan sedemikian rupa...tapi yang pastinya pada hari tu bukan beras je yang basah tapi kami semuapun basah kuyup dek hujan yang yang tak berhenti. Walaupun begitu kami sempat mandi di sana
bak kata orang two in one..hehe..mandi laut sekali gus mandi hujan.
 Selesai ronda pulau tu..kami dibawa semula ke jeti...dan persoalan yang menjadi tanda tanya terjawab....rasa menjadi model tu!!! rupa-rupanya jurugambar yang mengambil gambar    tu buat bisnes...terpampang gambar candid wajah kami di atas pinggan kaca...cenderamata rupanya. Jadi nak tak nak bayar je lah...seorang rm10...kami 6 orang kenalah baayar rm60...paksa relalah katakannnn ...apa nak buat...nasibbb...
                                                                       PULAU BERAS BASAH

Wednesday, December 1, 2010

Maher Zain - Baraka Allahu lakuma with lyrics.

Maher Zain - Baraka Allahu lakuma with lyrics.

KONGSI CERITA ORANG KITA
 Orang kita orang berbudi bahasa
 orang kita orang cerdik bijaksana
orang kita pandai , bijak ternama
 kalau tidak masakan orang kita menjadi ketua
orang kita menjadi rujukan
orang kita dah sampai ke bulan!
  tapi
 orang kita  juga ada malasnya 
 orang kita banyak karenahnya
 orang kita banyak juga lagaknya
 bahkan orang kita juga kuat rajuknya
 masih ada
 orang kita yang
 susah
 menderita
 ditipu
 disepak  
 dihina
 miskin
 merana
 yang paling sedih 
 masih ada orang kita merintih
 mengais makan dalam longgokan sampah
 merintih di jalan mencari nafkah
 masalahnya
 di mana orang kita untuk membantu orang kita.
MARI BERSARAPAN BERSAMA.....
   dah lama rasanya tak makan bersama...
 padahal orang Melayu memang terkenal dengan tali persaudaraannya..terutamanya yang beragama Islam.
 sekali sekala masak apa yang patut apa salahnya
 buat jemput-jemput....lepas tu jemput kawan-kawan
sambil bersarapan boleh sembang-sembang..
 sambil bersembang boleh tukar resepi
 boleh tukar buah fikiran
 boleh bertukar angin
 boleh bertukar-tukar buah tangan
boleh juga bertukar pendapat, bertukar pandangan
dalam bertukar-tukar boleh pula berkongsi-kongsi barulah semakin erat
 jika jadikan amalan...jiran semakin rapat masyarakat semakin akrab...barulah semakin berkat..
 hebatkan? hanya dengan SARAPAN!!!!!