bunga api


Saturday, December 18, 2010

Kongsi Cerita Percutian 1


Musim cuti sekolah biasanya ibu bapa membawa anak-anak bercuti sama ada balik kampung atau ke destinasi yang dipilih. Kami sekeluarga pada tahun ni memilih Pulau Lagenda Langkawi sebagai destinasi percutian. betullah orang kata pulau ni dah terselamat daripada sumpahan Mahsuri. pulau ni dah semakin maju, semakin cantik, semakin menarik. Sepanjang empat hari di sana anak-anak berasa sangat seronok tetapi pergerakan agak terbatas kerana cuaca yang sekejap panas sekejap hujan.
Nak naik kereta kabel kat Gunung Mat Cincang tak boleh sebab cuaca buruk...tapi paling seronok pergi pusing pulau (Island hopping). Walaupun pada hari tu (11hb Disember) cuaca agak buruk pada awal pagi kami tetap ingin ronda pulau. Pakej yang kami ambil menawarkan harga yang berpatutan. Hanya rm 180 untuk enam orang.
Kami diminta tunggu di hadapan Water World pukul 9.00 pagi tetapi disebabkan hujan lebat kami terpaksa tunggu sehingga pukul 10.15 pagi. Kami bersarapan kat sebelah Water World tu. Ada gerai kecil tapi makanan pelbagai pilihan..murah betul...nasi lemak..kuih muih..mihun goreng  telur rebus,air semua untuk 6 orang tak sampai rm20!!!!. Kemudian barulah kami dibawa ke jeti untuk memulakan aktiviti ronda pulau tu. Apa yang menariknya semasa sampai di jeti tu ada seorang jurugambar yang muncul dan mengambil gambar sesiapa sahaja yang lalu dihadapannya...kamipun tidak terlepas...rasa macam ala-ala model bila lalu di situ...pelikpun ada...kenapa tiba-tiba jadi glamour pulak? Tapi tak pe lah...

Kita tinggallah dulu cerita jurugambar tu..

Kami tunggu di jeti tu lebih kurang 10 minit dan kemudian menaiki bot laju menuju destinasi pertama iaitu Pulau dayang Bunting. Masa tu hujan masih turun. bayangkanlah. dengan bot laju tu di tengah laut air hujan yang .memercik ke wajah agak memedihkan..sekali sekali sekala bot dilambung arus kuat..agak menakutkan tapi sangat menyeronokkan. Sampai di situkami hanya diberi penerangan ringkas tentang Pulau Dayang Bunting .tapi tak turun kat situ. Cuma berhenti seketika. kemudian kami dibawa ke Tasik Dayang Bunting pula. Di situ kami diberi masa selama satu jam untuk melakukan aktiviti sendiri. tak sangka ye...dari jeti kami berjalan menaiki tangga bukit selama lebih kurang 10 minit dalam hutan dan tiba di satu tempat yang sangat mengujakan iaitu Tasik Dayang Bunting....airnya yang tenang tempat mandi manda..atau bagi yang suka berkayak bolehlah berbuat demikian....Dek kerana cerita orang lama yang mengatakan air di tasik itu yang mujarab bagi pasangan yang ingin mendapatkan zuriat jadi tak hairanlah saya sendiri melihat beberapa pasangan yang mengisi air tasik itu ke dalam botol untuk dibawa pulang....entahlah!!!
 Selepas itu kami dibawa pula ke destinasi seterusnya iaitu ke Pulau Singa....di situ kami berhenti untuk melihat burung helang yang mendapatkan makanan yang dicampak ke dalam laut iaitu kulit ayam...apa yang menariknya ialah, burung helang atau lebih dikenali sebagai burung lang ni tidak berebut untuk mendapatkan makanan sebaliknya turun ke laut seolah-olah mengikut giliran...lepas seekor....seekor...alangkah baiknya kalau perbuatan lang ni diambil iktibar oleh manusia yang diberikan akal oleh Allah.
 Akhirnya kami dibawa pula ke destinasi akhir iaitu ke Pulau Beras Basah..tak tahu pula kenapa pulau tu dinamakan sedemikian rupa...tapi yang pastinya pada hari tu bukan beras je yang basah tapi kami semuapun basah kuyup dek hujan yang yang tak berhenti. Walaupun begitu kami sempat mandi di sana
bak kata orang two in one..hehe..mandi laut sekali gus mandi hujan.
 Selesai ronda pulau tu..kami dibawa semula ke jeti...dan persoalan yang menjadi tanda tanya terjawab....rasa menjadi model tu!!! rupa-rupanya jurugambar yang mengambil gambar    tu buat bisnes...terpampang gambar candid wajah kami di atas pinggan kaca...cenderamata rupanya. Jadi nak tak nak bayar je lah...seorang rm10...kami 6 orang kenalah baayar rm60...paksa relalah katakannnn ...apa nak buat...nasibbb...
                                                                       PULAU BERAS BASAH

No comments:

Post a Comment