bunga api


Saturday, January 15, 2011

NASIB DOT DOT DOT SIRI SATU

Seperti biasa..setiap minggu aku dengan kawanku Mek Ja ke UKM..kadang-kadang berhenti makan kat Genting Sempah. Pada 6hb iaitu minggu lepas, kami berhenti makan kat sana....selain nak makan tengahari, dapat juga betulkan urat..maklumlah umur dah dekat separuh abad...kaki lenguh kalau memandu jauh.

Kami pun carilah kedai makan yang sesuai dengan selera...umm nampak sedap jer makanan kat situ..tambahan pula perut dah berkeroncong. Macam-macam bunyi okestra..cruttt..cretttt. Mek Ja makan nasi dengan telur masin, campur rebung masak lomak, sambal belacan mesti ada. Sodap jugak... 
Aku pulak nasi putih,  dengan sayur kegemaranku (taugeh). Nampak macam tak cukup lauk..aku pun pi kat kedai sebelah..Wow!!! ada ikan goreng panas-panas...rasa terliur pulak. saiz ikan pun nampak besar. Saiz XL...Yum..yum.
Akupun minta ikan goreng tu seekor...tapi yang aku dapat bukan ikan goreng saiz XL tapi ikan goreng saiz S saja...ummm rupa-rupanya, saiz XL letak kat atas untuk tarik pelanggan...bila diminta, beri yang saiz S yang diletak kat bahagian bawah....masalahnya ialah...harga tetap sama!!!!!!!! apa nak buat...nasibbb.

No comments:

Post a Comment